Monday 26 October 2009

i like my new home :)

Alhamdulillah..dah selesai pindah rmh..or as me n hubby called it, pindah fasa 1 (sebab lepas ni ada lg beberapa kali kami akan berpindah randah)

i like my new home. rasa besar sgt, walaupun xdela besar mana pun..maybe sebab rumah yg ni jenis lebar, berbanding rumah sewa kami dulu yg memanjang.  jiran keliling semuanya melayu..some of them are my co-workers. tp tak sempat lg nak berkenalan ngan jiaran2, nantilah, ada masa nanti blh berkenalan :)

barang2 pun tak sempat nak mengemas2 lg..baru kemas sikit2 je. tambahan pulak si qyst tu asyik tolong sepahhh je kejenye. ummi simpan die sepah..macamana nak cantik rumah kalau camtu? 

hmm...pindah fasa 1 dah selesai..lepas ni fasa 2 plak: pindah barang2 yg tak sesuai utk disimpan mcm perabot n barang letrik, hantar balik kampung..n gen-2 pun akan balik kampung..3 tahun.

esok nak kemas barang2 kat opis lak...pindah masuk stor n bawak balik rumah..pindah lagi!!

Wednesday 21 October 2009

lama tak update

fuhh...fuhh...banyak betul habuk kt blog ni. tuannya bz, tak sempat nak update :)

so what's new? a lot! 

first news

Nurul Qaisara, my 2nd princess was born on 22nd July 2009. Skrg dah almost 3 months dah..pandai meniarap dah pun. ramai friends n family yg cakap, qaisara looks like her sis. hmm...ye kut, memandangkan acuannya sama. tp masalahnye, i can't see tang mana yg samanya. jenuh gak dok belek2, tp still xnampak2 jugak..agaknye ibu mmg gitu kut, nampak tiap anak tu berbeza..ape2 pun dua2nya ummi syg sama banyak!

2nd news

insyaAllah ujung bln 11 ni kiteorg 1 famili akan berhijrah sementara ke liverpool..husben dapat sambung phd ke sana. husben je yg sambung..i'm gonna be full time housewife je nanti (bestnya!) agak kelam kabut la sekarang ni..memandangkan sekarang ni dah ujung bln 10..ada lebih kurang sebulan je lg masa utk prepare apa yg patut.huhu. last week dah dapat visa (alhamdulillah) rasa lega betul bila visa dah selesai.

serabut jugakla nak prepare for visa tu. bukannya apa, dokumen yg perlu terlalu banyak, nak isi borang online pun berkali2 sebab asyik tersalah je n konfius, sebab borang pun banyak jenis, boleh terkonfius yg mana satu! tp sebenanya i rasa, takdela susah mana pun nak apply for visa tu. just fill in the right form, then sertakan bukti2 setiap data yg kite masukkan tu. contohnya kalau kita isi nama kite abu bin ahmad, kite sertakan pasport utk buktikan tu nama kite. n yg paling penting, kalau kite kata duit kite cukup utk menyara kehidupan kite n famili di uk selama 1st 6 months, kite sertakanla bank statement, afidavit dari majikan etc. .tp kalau anak ramai..susah sikitla nak kena ada banyak duit..stiap tanggungan 400 pound :)

mungkin sebab selalu dgr cite pengalaman org lain, yg applying for visa is something yg menakutkan, so masa nak apply tu jadi berdebar2 n kelam kabut. masa nak amik result lagila...tak bleh nak cite berdebarnya..masa nk amik tu me n husben senyap je..masing2 risau. bile dah dapat tu...alhamdulillah!  

sekarang ni husben dah dlm proses booking tiket.. so bolehla kami secara serius start preparing utk ke uk (prepare both material n mental needs) takut gak nak kesana tu..imagine moving to a new place...then  imagine moving to a new place far far away from the place you are now..then imagine having to start your life there from zero..then imagine, when you arrive there it's already winter...huhuhu tersangala menakutkan!! i'm pretty sure nanti mesti pelbagai cubaan n dugaan yg akan harus ditempuhi..kena kuatkan semangat nih. for my family's sake, i have to be strong!

3rd news

sementara menunggu tarikh nak fly, me n family sempatla merasa dok rmh baru..insyaAllah jumaat ni akan berpindah rumah tu :) tak sabar rasanya nak dok di rmh sendiri..walaupun sekejap je..lepas tu nnt kene disewakan.. 3 thn lg br leh dok semula..takpelah, janji dpt merasa dok rmh sendiri..bagus gak rumah kiteorg dah blh duduk ni, nanti barang2 kiteorg boleh simpan di rumah tu je sementara kiteorg dok uk.

4th news

Beginning 1st november, i'll oficially become full time house wife selama 3 thn! amik cuti tanpa gaji..berkorban utk org2 yg tersayang..it's definitely worth it! 

okla nak rehat2 jap :)

ps:- rasanya entry2 selepas ni mesti banyak citer psl preparation to go to uk.. :)

Thursday 16 July 2009

cuti

Today is the last day in the office b4 balik kpg for my maternity leave. all work has been fnished. Semua tggjawab dah diserahkan pada org yg spatutnye, so boleh bercuti dh menyambut kelahiran adik qyst dgn tenang n heppi :)

Heppi? heppi ke? sepatutnye heppi..hopefully it would be heppi..tp kalau bile adik qyst lahir nanti, terpaksa berjauhan dgn qyst, kurangla keheppiannya..huhu. dahla terpaksa berjauhan ngan hubby. tak bestnya kalau sorang disana, sorang disini, sorang lg disitu!! qyst sebelum ni xpernah berpisah dgn ummi die walaupun sehari..camne la kalau die terpaksa berpisah? kesian die.. (ummi die yg  sebenarnya tak sanggup nak berjauhan..hehe)

hopefully tak perlula qyst dok jauh2 dari ummi n adiknya..kak nyah qyst kate boleh tlg jaga qyst..so harap2 tak perlula hantar qyst to her other kampung...hopefully! 

Ape2 pun, tak sabar nak menunggu ketibaan adik qyst :) harap2 semuanya selamat :) doa2kan yer..

Thursday 9 July 2009

pindah

Seminggu dua ni fakulti berpindah randah ke kampus baru. disebabkan masalah yg tidak boleh dielakkan, terpaksa pindah balik ke kampus lama.kesian2..

memandangkan semester baru dah start, walaupun dalam keadaan tak menentu sekarang ni, semua kawan2 sefakulti tetap menjalankan tugas mengajar, walaupun dlm keadaan kelam kabut..my symphaty to them. takpe, walau camne susah pun,yg penting amanah kite sebagai pendidik tetap dilaksnakan :)  as for me, sebabkan dah sarat, dikecualikan dari mengajar (alhamdulillah...penat ngajar short sem pun xhilang lg..penat pindah randah lagi la xhilang2)

syukur gak sebab boleh stay lg di kampus lama, bukan apa, penat sungguh rasanya berulang-alik ke kampus baru last week..perjalanan yg jauh (45 minutes) n dgn keadaan kampus yg belum sempurna,memang memenatkan utk org yg tengah sarat. paling penat sebab kena mendaki tangga ke tingkat 3 utk ke toilet..pastu kemana pergi kene sentiasa usung laptop, sebab bilik xberkunci. huhu,penat2. syukur boleh dok kampus lama balik seminggu dua ni. 

InsyaAllah, nxt week dah nak balik ke chemor, menunggu ketibaan org baru.. opah n nenek di chemor tu dah lama dok menunggu qystina balik kpg. hehe..harap2 kak nyah kt kpg dah menyimpan sume barang2 rmh opah yg letak kat bawah..kalau tak nanti, qyst akan sepah2kan. penat kak nyah nye nak mengemas balik.kwang3. 

Harap2 my 2nd baby selamat lahir, sihat dan umminye pun sihat gak.. harap2 gak, masa dalam pantang, tak perlu berjauhan dgn qyst..huhuhu

okey, time to solat asar, then balik rmh jumpe qyst..

Thursday 21 May 2009

Tangan, kaki,mulut

I had to take leave from work the whole  last week because my baby was infected with the hand, mouth and feet disease (HFMD) .

Terkejut gakla masa mula2 dapat tau qyst kena sakit tu. Mulanya dia kena demam. suhu sangat tinggi,sampai 39C, terpaksa rushing ke klinik malam2 buta sebab suhu badan die tak turun2. Dr. trus masukkan ubat kt bontot die, barula kurang demamnya. Pastu esoknya tiba2 kuar ruam kat area kaki die, paling banyak kt bahagian peha sampai bawah lutut. Pelik gak, mula2 ingatkan ruam panas, sebab kebetulan qyst kena ruam panas pada leher dia, so sapu ubat jela.2 hari sebelum tu dh bawak jumpa pediatrician, utk rawatan ruam panas die tu.. esoknye bawakla gi taska cam biasa, pastu plan ptg tu kalau xok gak baru nak bawak semula jumpa Dr. tu. Sekali bila gi hantar ke taska, nanny kat situ kata bukan qyst sorang je yg kena ruam2 gitu, budak2 lain yg sama bilik ngan qyst pun kena!and she's not the first one yg kena. infact, ade sorang budak tu mak die dah call dh kate cuti sminggu..anak die kena infection,tp xsure jangkitan apa.

Tak boleh jadi nih, risau betul,takut kena demam campak ke..so we rushed qyst to the peds again.. Dr. tu cek2 then trus bgtau yg qyst kena HFMD! terkejut kiteorg. tp since demam die dah baik, so qyst dlm recovery process,n type HFMD yg die kena ni xberbahaya. and yes, die kena jangkit from taska. as a result, i had to stay at home, jaga qyst sminggu, sebab penyakit ni highly contagious..

Ruam n lepuh on qystina's leg.

Dah sihat dah..

What made me a bit angry was that she got the disease from the taska. and on the week that she got infected, i only sent her there for two days! geram betul..kalau tau, xhantar la qyst ke taska..and at first, the tauke of the taska, didn't wanna admit that its HFMD. she said "maybe  just demam campak kut puan.." ye la tu..dr. pakar kanak2 dh kate HFMD, pepandai die kate demam campak..hehe. skali, esoknya ade parents yg xpuas hati, bawak anak gi spital..ape lg, org2 jab. kesihatan wat check up kat taska and closed the room yg sume budak kena jangkitan ni. lepas tu dierang telefon all the parents yg anaknya got infected, utk pastikan anak2 xdihantar ke taska selama sminggu. amik kau!!

Anyway, i did a bit of research on this didease, dan nak share with everyone pasal penyakit ni. the below article, i got it from blog Dr. Azwan. so let's menambah ilmu kita tenteng penyakit ni, terutama parents yg ada anak bawah 12 thn..

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan


HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangandan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. 


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan. 

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wednesday 20 May 2009

Mothers

Banyak menda nak citer sbenanya,tapi malas nak menaip post.hehehe.. anyway, hope it's not too late to wish happy mothers day to all mothers out there (hey! i'm a mother too! 1st time celebrating, tenkiu very much)

Here's a song for all mothers (sorry for the word "Mahadewi", might be a bit sensitive for us Malaysians, but it's an Indonesian song, so let's just ignore it. I think in our language it means bidadari kut..anyway it's just an expression to show how high a woman is appreciated)

Mahadewi -by Padi

Hamparan langit maha sempurna

Bertahta bintang - bintang angkasa

Namun satu bintang yang berpijar

Teruntai turun menyapa aku


Ada tutur kata terucap

Ada damai yang kurasakan

Bila sinarnya sentuh wajahku

Kepedihanku pun... terhapuskan


Alam rayapun semua tersenyum

Merunduk dan memuja hadirnya

Terpukau aku menatap wajahnya

Aku merasa mengenal dia...



Tapi ada entah dimana

Hanya hatiku mampu menjawabnya

Mahadewi resapkan nilainya

Pencarianku pun... usai sudah


Mahadewi resapkan nilainya

Mahadewi tercipta untukku

Mahadewi resapkan nilainya

Mahadewi tercipta untukku

Thursday 23 April 2009

Sabar..

If i have to rate my level of kesabaran, i honestly have to give myself 6 out of 10. huhu.. I admit it, i'm not really a very penyabar person. even my husben pun ada gak tegur my ketidaksabaran.

One of the thing that i hate most is waiting.Be it waiting for my husben, waiting to be served at kedai makan, waiting for turn in klinik kerajaan or pejabat kerajaan, i could only sit idle for maximum 5 minutes. then i'll start to get bored, n mulela episod muke masam n mulut muncung.hehe. that's why, everytime i go for regular prenatal checkup, i always bring something to read and make sure the battery of my hp is full. take this morning for example, i have to sit waiting for 4 hours at clinic for checkup. 2 hours waiting to be checked by the nurse and another 2 hours waiting to see the doc..imagine what will happened if i hadn't brought anything to read or play.. surely i'd go beserk and run amok at the clinic.hahahaha. what an ugly sight it would be!  tp kan...yg peliknye, waiting in a long queue semasa nak bayar shopping xpelak. i can wait dgn penuh kesabaran utk membayar semasa shopping! pelik tul...

one more thing, i really2 hate if someone potong queue. org dah tunggu berjam2 tiba2 ade lak nak potong barisan.huhuhu...memang nak kena ni!

Being impatient is really something ugly, i know. and truthfully, i admire some people who are very penyabar and could wait hours and hours. 

hmm..how can i improve my tahap kesabaran ekk???

Monday 13 April 2009

gedik2

I hate perempuan yg gedik2.

If it's a young girl, it's still ok, still acceptable. girls are suppose to be gedik.. it's in their nature ( yeke? hehe)

But if yg gedik2 tu is a middle age woman who by the way is married and have kids, oh, i cannot accept that! it's very2 annoying!! makes me wanna slap her face!

Thank God she's not my friend, all my friends are sensible women :) 

That's all, thank you.

Tuesday 7 April 2009

i wish..

wish i won't be so tired after coming home from work

wish i could have more time to play with my baby

wish i'm not too tired to cook

wish my baby didn't have to go to the nursery 

............wish i was at home

Tuesday 10 March 2009

balik kampung..

Esok balik kampung! spt biasa, balik kampung adalah sesuatu yg very exciting! esok sampai 13 hb gi visit practical students. then stay kat chemor until 17th. lama gak tu..ok la, dapat la rehat2..

Thursday 5 March 2009

Sesi menjawab tag

Arahan:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog cik-ixora untuk mendapatkan award anda".

------------------------------

1. 

2. Cik fizz tu haa yg telah mengtag.

3. 10 Hobi/fakta

    a. my current hobby is to play with qyst :)

   b. second hobby is to watch tv

   c. i also like to play mobile game. currently mad about scrabble 

   d. i like reading,but don't really have time to read what i like. most of my reading materials now are text book..(how sad)

   e. i like to makan2..favret food is nasi lauk ala2 kampung (especially the ones cooked by hjh. zainab bt. jamal..hehe my mom la tu) n favret drink is teh ais 

    f. like to wear casuals. t-shirt and slack are my favret. seldom wears make-up because don't relly see the point of dressing up for strangers.hehe

    g. love shopping! especially baju2 baby,comel2..amik saje, hubby sponsor.yeay!

    h. like dressing up qyst.

   i. love cooking! but hate cleaning up after cooking (pemalas betul)

   j. my dream job is to be a housewife! hehe

4. nak tag sape ye? ntahle sume nye dah di tag oleh cik fizz..ok la tag nyah jela.

updates on Mandi

Asked my friend last night on mandi wiladah. she looked it up into some of her fiqh kitab and found out that for mothers who gave birth and keluar nifas, mandi hadas besar once is enough. but utk yg give birth  (termasuk yg bersalin secara cesar) tp takde darah nifas keluar or keguguran, wajib mandi hadas besar juga..dan yg tu la yg dipanggil mandi wiladah. wallahua'lam.  she's going to ask some ustazah that she knows on this issue. so i'll update when she update :) 

Wednesday 4 March 2009

Mandi

Got an email from a friend today about mandi wiladah. Here's the email: 

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja. 

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua' lam 

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita ......semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga .... 

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini..... 

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... 

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas 
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. 

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. 

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata. 

Perkara Wajib mandi hadas besar; 

Bagi lelaki 2 perkara: 
1. keluar air mani 
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga. 

Bagi perempuan: 
1, Haid 
2. Wiladah (melahirkan anak) 
3. Nifas 
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. 

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi: 
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar. 
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. 

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. 
Cuma niatkan: 
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala". 

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. 
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. 

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah 

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama. 

------------------------

the email made me confused. Does it mean that women need to mandi 2 kali? once directly after giving birth (although dlm nifas) and then again after kering nifas? so i searched the internet for this topic and the results were also inconclusive. some say we need, some say we don't. hmmm... here i include some of my findings (only the reliable ones, not from forum yg ntahape2):

Finding no.1 (from JAKIM): 

Source: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

Soalan : Apakah mandi wiladah dan hukum mandi tersebut? 
.
 Jawapan : Mandi wiladah ialah mandi yang diwajibkan selepas bersalin..

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan mandi wiladah dan adakah ia difardukan kepada seseorang? 

 Jawapan : Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.

Soalan : Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas.? .
 Jawapan : Wajib seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas iaitu mandi wiladah selepas melahirkan dan mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Soalan : Assalamualaikum. Saya sedia maklum wiladah dan nifas antara perkara2 yg mewajib mandi hadas besar. Baru-baru saya menerima email menyuarakan pendapat bahwa tujuan sebenar mandi hadas besar dari wiladah adalah supaya sekiranya wanita tersebut menemui ajal sebelum darah nifas itu kering, wanita itu sudah berada dalam keadaan suci. Adakah pendapat tersebut boleh dipakai dan bagaimana kalau seseorang wanita itu menemui ajal ketika masih dalam keadaan berhaid? 
.
 Jawapan : Mandi wiladah sebelum suci daripada nifas tidak akan terangkat hadas besar. Sekiranya seseorang itu menemui ajal ketika dalam hadas besar maka akan terangkat hadasnya dengan mandi jenazah..
--------------------------

Finding no 2  

Source: blog USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/mandi-wiladah.html

MANDI WILADAH 

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

---------------------

Ade lagi more findings but nanti panjang sgt post ni. will update on other post. 

well, the findings are helpful, but still not conclusive. hmm... from what i learn, mmg haid, wiladah, nifas and jimak are all reason yg menyebabkan kite wajib mandi sebab kite dlm hadas besar. tak pernah tau n my mom pun xpernah la plak ajar perlu mandi immedietly after giving birth although at that time, kite still in keadaan berhadas besar (sebab nifas).

one more thing, the niat for mandi utk mensucikan diri dari hadas besar is the same, regardless what is the cause.meaning that after giving birth, somewhere along the line we will mandi hadas besar (after nifas, haid or jimak) so..to say that if we don't mandi wiladah (walaupun dah beratus2 kali mandi hadas besar oleh kerana sebab yg lain), sume amal ibadat kite sepanjang hayat tidak diterima Allah is something yg mengerutkan my dahi..musykil betul.

i will investigate into this issue more after this. risau jugak, sebab ini hal ibadah dan memandangkan i'm jahil dlm hal ini, i will ask org yg lebih dalam ilmu agamanya mengenai hal ini.  i'll update later.

ps: Allah Maha pengasih , Maha Penyayang. Islam itu agama yang mudah..janganlah kita menjadikannya rumit. jika timbul sesuatu isu, kita kaji dulu kebenarannya. jika benar kita salah dan jahil, kita bertaubat dan perbetulkan kesilapan. Islam itu mudah. Wallahuwa'lam

Monday 23 February 2009

Is our baby safe?

Read a shocking news today in the star:

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/2/23/nation/3326167&sec=nation

Babysitter’s son accused of sexually abusing toddler


KUALA LUMPUR: A mother of a one-year-old girl has accused one of her babysitter’s sons of sexually abusing her child. She found blood stains on the infant’s private parts while changing her diapers recently.

The 20-year-old clerk said she and her husband, a 25-year-old mechanic, had been leaving their only child under the daily care of a family friend for the past seven months, except on Sundays.

“Last Wednesday, I picked up my child from the babysitter’s house and as I changed her diapers, I was shocked to see blood stains on her private parts,” she said at her home in Bandar Baru Sentul here yesterday. Also present was Segambut MP Lim Lip Eng.

The couple immediately rushed the baby to a nearby clinic where they were advised to take the girl to the Kuala Lumpur Hospital. The child was hospitalised for three days.

“The doctor told me there were penetration wounds in my daughter’s private parts and anus, both old and fresh ones. However, the doctor was not sure what was inserted,” she said.

The couple lodged a police report at the Sentul police station on Wednesday night.

-------------------------------------

Astagfirullahalazim..apela nak jadi dunia skrg ni. kesiannya baby tu..baru setahun.apela tahunye? kesian betul..nasib baik parentsnya very alert. 

Ya Allah, lindungilah anakku dari manusia yang seperti ini..

Tuesday 17 February 2009

i'm 8 months old today!

Cpt sgt masa berlalu..kejap je dah 8 bulan dah nurul qystina ni.besar dah rupanya!




new skin

just trying out a new skin..a bit flowery but i kinda like it

Thursday 12 February 2009

playlist for today


Today's task is to finish marking test 1..let's have some music! today's selection is a mix between oldies and lite n easy listening music. but of course must include cat stevens and m nasir :)
okay2..let's begin marking

Wednesday 11 February 2009

pening

sejak pregnant with my 2nd child ni, asyik terganggu je kesihatan..dulu2 with qyst cuma pedih hulu hati je, tp yg kalini asyik pening kpale, selsema n batuk2 je. last week was the worst. starting with pening kepala on monday n wednesday. sampai gi klinik mlm rabu tu..tak tahan sgt peningnya. then selsema n batuk lak..skrg ni br ok selsema. harini pening kpale balik..tgh berdenyut2 ni..tp tak kuat sgt. ptg ni ada perjumpaan with big boss lak tu. kalau tak,boleh la melelapkan mata sekejap.

tapi rasanya ketidaksihatan ni ada kaitan dgn cuaca jugak. kat sini sekarang musim panas yg melampau2.. kalau tghari tu,panasnya sgt terik..agaknya mungkin tu faktor jugak kut. yer la,tgh2 hari biasanya akan drive ke taska, nak melawat tn puteri qyst kat sana. walaupun die dh stop bf, saja jer,main2 dgn die waktu tghari..itupun kalau die tak tido la. mungkin sebab kena panas time tu,menyebabkan pening kpale..

ape pun, still alhamdulillah, syukur dah preknen utk kali kedua. an unexpected pregnancy. i imagined before this, since it took me 2 years to get my first puteri, yg second would not be easy too.. tp rupa2nya Allah nak bg rezki awal, Alhamdulillah la..i hope it's a putera this time :) and alhamdulilah, like the 1st pregnancy, i don't experience any morning sickness, what so ever. cuma heart burn and headache ni je..

ok, time to go

Saturday 7 February 2009

airmata untuk palestin

Tadi majalah 3 buat paparan tentang gaza post war. tergerak lak hati nak tengok..seama ni tgk kat berita je. ni wartawan maj 3 sendiri yg turun ke sana buat liputan. berani sungguh dierg..

start2 je dah tunjuk keadaan mangsa kekejaman israil. first yg die tunjuk ada seorang wanita 40-an yg melecur badan sebab kena bom fosforus israil laknatullah..tunjuk betapa payahnya die nak bangun dari katil, lepastu dia menangis,mengerang kesakitan..memang jelas nampak menderitanya dia kesakitan. tak tahu la dah berapa lama die menahan kesakitan macam tu. aduh,sedihnya tgk..tak sedar air mata mengalir.mmg kesian sgt tgk. lepas tu tunjuk seorang budak yang terlantar sakit. die perlukan rawatan lanjut dan perlu di bawa ke mesir. tp malangnya tak dibenarkan...menangis2 maknya..namun pesakit2 kat hospital tu tak kisah wartawan ambil gambar, interview sume. dierg kata nak bg seluruh dunia tau betapa kejamnya israil. yes, your message is received.

lepas tu wartawan2 gi melawat tempat2 bekas serangan israil. memang dasyat. ada satu tempat tu, di dinding tembok, bukan shj berlubang kesan tembakan, malah ada dinding yang bertompok-tompok hitam. sekali pandang macam kesan tembakan, tapi rupa2nya cebisan2 daging para as-syuhada yg bertaburan setelah hancur diletupkan bom..kejam sungguh israil ni.. selain dari tu, sekolah latihan polis pun dibom..ada satu tempat tu, kawasan lapang, 50 org polis palestin syahid sekaligus selepas dibedil bom. ada ditunjuk jugak serpihan bom2 tersebut. rupa2nya bom dierg tu very high-tech dan dilengkapi kamera..so their target was not random.mmg dierg nak musnahkan kawasan tu..pastu satu penemuan yg memang Subhanallah; wartawan2 tu tejumpa cebisan tulang,dipercayai milik salah seorang anggota polis yg syahid. namun bila salah sorang wartawan tu cium,tulang yang sepatutnya berbau busuk, tidak berbau langsung! mungkin tu bukti kesyahidan anggota polis tsbt. selepas tu dierg kebumikan tulang tu..

satu part yg menarik, bila wartawan tanya pada slh seorang polis sukarelawan kat sana,' palestin menang atau kalah dlm perang ini?' tanpa hesitation polis tu jawab 'kami menang, berkat ketabahan kami'. then wartawan tnya lagi:' tapi israil declare yg dierg menang?'. polis tu jawab 'mereka kata mcm tu semata2 utk meyakinkan askar mereka shj'.. i agree 110% with his statement.

lepas tu krew maj 3 pergi melawat ke sebuah pasar. Kental betul semangat org palestin ni..selepas perang, teruskan kehidupan.life must go on.. pasar, kedai sume berjalan seperti sebelumnya. dieorg walaupun diberi pelbagai bantuan, tetap tak bergantung dan mengharap sepenuhnya pada bantuan semata-mata. terus mencari rezki walaupun barang yang dijual tu sikit shj. di npasar tu, ada seorang makcik ni apabila diinterview, die kata dia berdoa agar Allah turunkan burung Ababil untuk menghancurkan israil.. aamiiin..

next week ada lagi smbungan kisah di gaza ni. tak sabar nak tgk..memang menginsafkan. sedih tgk nasib saudara2 kita di sana. kita kat sini, take me for example, selalu takes things for granted. kadang2 lupa yang nikmat, kekayaan dan kebahagiaan yang Allah beri ni mungkin akan hilang satu hari nanti..bersyukurlah kite dgn apa yg ada sekarang.sesusah2 kita, ada lg saudara yg berpuluh kali susahnya daripada kita..lepas ni sy nak belajar supaya lebih menghargai dan bersyukur atas nikmat yang Allah beri ni..InsyaAllah.

ps:-orang di palestin berusaha untuk hidup, berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan tanah air..kita di malaysia yg aman ni? berebut2 kuasa, berebut negeri. hmmm......

Saturday 31 January 2009

Finding a new skin

I'm on a hunt. Hunting for a new skin. There's a lot of skins out there, but i still can't find the right one for me. found a possible candidate yesterday, but it cannot be used..huhu.

skin? kulit? kulit ape yg dicari ni? actually, i'm on the hunt for a new skin for my blog. dah boring dh dgn skin yg skrg ni.. tibe2 terinspirasi utk menukar skin selepas tgk kecantikan skin blog miss D (sempat plak org di jepun tu mengedit blog ekk). so until i find the right one, my blog will be a bit kelam kabut,n berubah2 skin nya. :)

Monday 5 January 2009

Doa utk saudara di Palestin

"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, dan jadikanlah kami semua hamba2 Mu yang bertaqwa..." ameen