Wednesday 17 February 2010

Shopping jimat cermat

Shopping..shopping..shopping. Orang pompuan dan shopping memang tak boleh sama sekali dipisahkan, betul tak? Di mana2 pun orang pompuan mesti nak shopping, walaupun hanya untuk membeli barang keperluan dapur je :)

Duduk merantau ni aktiviti shopping kena dikurangkan dan di improvise. Tak boleh la nak beli barang yang ntah apa2 macam kat mesia, al-maklumlah, sekarang kan housewife.. Tapi, macamana pun tetap bershopping, walaupun dengan berjimat cermat!

Shopping di sini tak sama macam shopping di mesia.. kenapa ye? sebab nilai matawang! GBP antara nilai matawang tertinggi kan? so, jauh benar beza matawang GBP dengan RM.. Latest rate (lebih kurang) 1 GBP = RM 5.35. Banyak beza tu..

Jadi, apa impaknya? Ok, disebabkan value duit die yg tinggi, jadi, dengan GBP 1.00, kite boleh beli bermacam2 barang berbanding RM 1.00. Harga barang2 sini pun memang rendah berbanding mesia. Banyak barang2 yang harganya tak sampai 1 pound. Bayangkan, last week, nak masak spagetti.. so gi hypermarket utk beli bahan2. Harga sebungkus spageti GBP 0.69, n kuah die, GBP 0.30 sebotol, utk sekali masak, boleh makan 4 orang.. so dengan modal 1 pound, dah leh masak dah, spageti..tapi kosng jela..tambah daging cincang, sayur2an totalnya still under GBP10.00. kalau kat mesia? dengan RM10, kita hanya dapat beli sos n spageti jer..takpun gi fast food, dapatla makan sepinggan, utk seorang makan je..hehe. Memang mengagumkanlah mula2 bershopping dulu..sebab tak biasa beli barang harga sen2 jer..biasa main ringgit2 je..

Every week kiteorg shopping barang2 keperluan harian di hypermarket, total biasanya tak sampai GBP50.00.. barang yang dibeli sama banyak dengan barang yang kalau dibeli di hypermarket mesia, dalam rm300 i.e penuh satu troli. Memang jauh beza betul! untuk lebih menjimatkan, kiteorg biasanya pilih barang yang jenama hypermarket tu,so lebih murah! sangat menjimatkan..

tapi tak semua barang yang dijual murah2..ada juga tempat2 shopping yang mewah n mahal..tak pernah menjejakkan kaki ke situ pun..hehe. takut nak gi, takut terbeli! Lagipun nak buat ape, bukannya kita duduk sini utk bersuka-ria..tempat orang, duduk sementara je pun, kita merantau, kena la berjimat cermat :) lagipun, tak sampai hati rasanya nak menghabiskan duit elaun husben dengan benda2 yang membazir!

Kalau nak lagi jimat, beli barang di carboot. Satu lagi keistimewaan kehidupan di sini. Penghuni di negara maju ni pandai menjaga barang..guna elok2, lepas tu bila dah tak guna recycle or jual di carboot sale. Rumah dierg ni sempit kebanyakkannya, ruang simpanan tak besar..tapi dierg tak buang barang2 yg dah tak nak pakai, selagi barang tu elok, boleh guna, dierg takkan buang,so bg kt org atau jual semula.

Macam2 barang ada di carboot ni, setakat ni pernah gi sekali je, sebab sejuk sangat..huhu, tak larat la shopping sejuk2..tunggu lepas abis winterla baru nak aktif ke carboot.hehe. Menurut kata kawan2 yang dh lama disini, memang seronok gi carboot ni, boleh beli macam2, dengan harga yg murah. Tapi kena pandai pilih la..Haritu pergi, macam2 beli, siap beli kapet yg besar, dengan harga 4 pound je..murah betul :) kena pegi selalu ni..hehe

Nak lagi jimat?? Recycle! rupanya ada juga mat saleh yg tak suka carboot2 ni..so apa die buat, barang2 yang dah tak nak pakai tu, die akan bg free je pada sesiapa yang nak pakai..dasyat kan? pemurah betul..Biasanya dierang akan advertise di group2 recycle kat internet. so mane2 member group tu yg berminat, bolehla balas advertise tu n kalau dipilih, bolehla ambil barang tu. macam2 barang ade, dari baju, barang elektrik, perabot,barang mainan budak2, even syampu rambut pun ade org nak bagi!

Ops, last but not least, shopping through ebay! satu lg cara shopping di sini :) Tapi, leceh sikitla, nak kena bid. Setakat ni beli mainan bebudak ni, dengan car seat through ebay. Berbaloi la jugak, harga asal car seat tu, kalau yg baru seratus lebih pound, tapi, kiteorg dapat 20 pound jer..sangat jimat and still in gud condition, boleh bawak balik mesia nanti :) Tapi tula, kena ada skill bidding yang tinggi. jari kena pantas menekan keyboard,n mengklik mouse, terutama minit2 terakhir..kalau tak, kalah la jawabnya, tak dapatla barang yang diidamkan tu..

Realitinya, memang duduk di negara orang tak sama dengan tempat kita, tapi kita kena berubah n go with the flow. nak duk disini, kena la ikut cara sini..ye tak? apa2 pun, shopping tetap ON!

Ok, time to go. Nak solat zuhur n kemas rumah sikit..budak2 tengah lena diulit mimpi..