Saturday 23 October 2010

layan katun jepun

zaman muda2 dulu sgt suka melayan komik jepun. macam2 komik dok kumpul. pastu share dgn anak2 sedare,  tukar2 komik.

zaman skrg ni, dah tua2 xdelah nak membaca2 komik ni...buang tebiat le pulak kalau tiba2 beriya nak mengumpul komik.ye tak?

tapi seminggu dua ni dok melayan cite katun jepun plak..hehe. dulu2 kumpul gak komik ni, tapi tak habes, pastu dah malas nak membeli.. 

tibe2 kat sini, teringat plak kat komik tu, ade pulak tu kat internet, boleh download. so skrg ni melayan cite katun die pulak.

seronok jugak melayan cite katun jepun ni, sebab kelakar citenye, n katun yg ni takde adegan sensored2 or yg terlalu ganas, tak macam sesetengah katun jepun yang seksi/ganas melampau2. 

tp masalah komik/ katun jepun ni, sekali baca/ tonton, mesti nk lagi..dan lagi. lepas satu, satu episod dilayan, sedar2 dah abis seratus episod! sambung pulak episod seratus satu n seterusnya! hahaha..

sudah2lah tu....cukup

ps: katun cerita One Piece

Tuesday 19 October 2010

malas...malas

Banyak kali dah menaip something kat blog ni..tp lepas tu malas nak sambung, trus close je..
Banyak kali jugak ambik buku nak bace, selak2 satu dua muka, lepas tu trus tutup, simpan. malas nak sambung.
Banyak gak keje2 yg tertangguh..sebab malas nak buat.huhuhu

malas..malas...malas!

malas nak update blog, malas membaca, malas nak buat keje, macam2 malas! kenapa malas ye? sebab banyak sgt makan? banyak tidur? ke sebab cuaca yg sejuk2 nih? (sekarang suhu around 6 to 10 degree C..tsssejukkk)

atau memang semulajadi M A L A S?

kadang2 rasanya sehari tu berlalu macam tu jer..takde ape2 yg menarik berlaku atau dilakukan..
dalam fikiran sebenanya plan macam2. nak buat itu, nak buat ini, tapi tak kesampaian. ataupun kadang2 buat separuh jalan jer..atau lebih teruk lagu suku jalan pon tak sampai. aduhai...apola nak jadi ni?

hmm...perlu improve nih! at least try something different/something new everyday. walaupun bendanya kecik je..but at least kena try do something different, kalau tak, nanti akan jadi semakin MALASSSS!!!!!

ps: satu kelebihan kite sebagai manusia, sentiasa boleh improve diri. Asalkan kita MAHU, semua boleh jadi. insyaAllah.
Ops, tp kemahuan, saje tak cukup daa...kene disertai dengan that little thing called KOMITMEN. barulah menjadi apa yg diusahakan :)

Wednesday 13 October 2010

Thursday 7 October 2010

.....what would you like?......

'Portmeirian pottery dining set?'
'NO, thanks'

'Chesterfield sofa?'
'NO, thanks'

' LV handbag?'
'NO, thanks'

' MAC makeups?'
'NO, thanks'

'DSLR camera?'
'-YES PLEASE!!!'

surirumah moden? poning la kepalo hubby tersayang camni..heheh

Tuesday 5 October 2010

snowdonia: sangat cantik!

Gambar2 masa gi jalan2 ke snowdonia, wales. Muka buminya simple je, gunung, lembah dan laut, tapi Subhanallah, sangat cantik! Tak puas rasanya pegi satu malam je. Terlalu banyak tempat menarik utk dilawati. Kitorang pergi mana yg sempat je, snap2 gamba then move on to the next place. kena pegi lagi nanti ni, kalau ada rezki.. tak jauh pun dari Liverpool ni, dalam 2 jam sampai dah. mungkin lebih seronok kalau pergi musim panas kut, sebab time kitorang pergi tu, musim dah nak bertukar ke autumn, so cuaca tak menentu kejap hujan n sejuk kejap cerah. 

Hari 1st sampai hujan sikit punya lebat, dengan angin yg kuat tahap boleh terbang mcm superman punya kuat. nasib baik masing2 bawak jaket winter, so bolehla tahan sejukk. Sejuk2 pun redah gak a naik sampai ke puncak the great orme, tempat tu mcm teluk tp tinggi sikit mcm bukit, kat LLandundo. Pergi ke atas utk sampai ke puncak tu naik tram, pastu patutnye kt atas tu bolehla menikmati view yg sangat cantik, nampak lembah kat bawah, pantai n laut yg membiru..tapi sebabkan hujan lebat, menikmati air hujan jela, n mengimbangi badan supaya tak terbang ditiup angin. Lg satu, atas rumput dipuncak tu banyak booby trap yg dihasilkan oleh sikambing biri2. so sambil menahan hujan, menjaga badan supaya tidak terbang, kenela jugak menjaga kaki supaya tak tepijak booby trap. hehe.


Dari dalam tram menuju ke great orme

Hari kedua Alhamdulillah, cerah macam summer plak. dapatla berjalan2 sakan n berpiknik kt tepi tasik kat Llanberis. Sangat seronok!! Sebabkan kitorang gi hari isnin, so takde org sangat, kitorang2 ahli rombongan jelah yg berpiknik ditepi tasik. Bebudak, mak budak n bapak budak pun semua enjoy :) 

Gunung ganang n lembah sepanjang jalan


tukang tunjuk jalan: en. Garmin

Snap dari dlm kete ni 

Suke budak berdua ni dapat jalan2

Tasik kat Llanberies


Naik kereta api stim kat tepi tasik


 Snap dari dlm ketapi 

Subhanallah

Choo choo! 

Landasan..menunggu2 ketapi utk pulang

Nak melawat conwy castle, lambat sgt sampai, dah tutup pintu depannye..snap dari luar jela



Hmm....Kena pegi lagi ni....