Tuesday 9 October 2007

Balik Kampung!!

Esok adalah hari yg paling dinanti2 dalam minggu ni..esok balik kampung! seronok betul rasanya bila nak balik kampung ni. excited sangat nak balik kampung, sampai harini rasa xde mood nak buat kerja. akibatnya buat kerja yang penting2 je harini. nak marking test pun xde semangat nk buat..xpe, cuti lama, ada banyak masa untuk marking test tu.

esok insyaAllah, awal2 pagi bertolak balik. kemungkinan besar sekitar 3 pagi. bukan apa, bertolak pagi2 ni sejuk dan tak banyak sgt kenderaan. terutama highway ke utara tu..kalau siang2 mesti banyak kereta. cadangnya kami akan bersahur di RnR pagi esok..harap2 tak ramai orang.mungkin masih awal lagi untuk balik kampung, so tak ramai org (hopefully).

balik dari kerja harini, lepas berbuka, lepas solat isyak n terawikh mesti kena tidur dulu. supaya nanti tak mengantuk dalam perjalanan. last year, kiteorg tak sempat tidur dulu sebelum bertolak, sudahnya mengantuk dlm perjalanan, terpaksa berhenti tidur dulu di RnR. bahaya kalau teruskan driving kalau mengantuk..

persiapan nak balik raya pun dh hampir siap, beg pun dah kemas separuh..baju raya je dah satu beg.hahaha, my baju raya la yg memenuhkan beg tu, baju husben sikit je.. tp yg paling penting: kereta dah servis n kad TnGo dah reload. nak jalan jauh, kereta kenala in good condition. kad TnGo tu pulak, penting untuk elakkan daripada kena beratur panjang dekat exit tol nanti.terutama tol ipoh tu..mesti sesak punya.

ok lah, Selamat pulang ke kampung, berhari raya. tak sabar nak balik kampung, berpuasa di kampung. kalau sempat, nak masak kuih sikit. lepas tu nak last minute shopping di Jusco.hehe

SeLaMaT HaRi RaYa AidILfiTrI

Saturday 6 October 2007

jaga test

tadi my students ada test.. bosan betul bila kena menjaga test atau exam.. tambahan pula kalau test/exam tu 3 jam..konfim boring. usually during test i buat kerja2 like markings or studying. tapi kalau masa jaga final exam tak buat macam tu. usually during final exam i just read magazine, or surf the net. sebab final exam kena jaga betul2. kena selalu go around the exam room, pastikan everything is in order dan kena pastikan no one cheats. kalau jd chief invigillator lagi berat tanggungjawabnya..

bila jaga test/exam selalu teringat kisah masa jaga test dulu2. masa tengah study master dulu, sv selalu minta kami (master students under his supervision) tolong jaga test dia. biasanya kami jaga test for degree students. ada sekali tu, berlaku insiden yg kelakar time kiteorg jaga test. masa tu macam biasalah, time test kiteorang kenela meronda2 dalam kelas tu. one of my friend, saje je sambil2 lalu jenguk2, tengok2 kertas jawapan student. sekali tu masa die tgh tengok kertas sorang student perempuan ni, tibe2 student tu sound die: " Jangan berdiri dekat sini, jangan tengok2 boleh tak? ganggu saya nk jawab" or something like that. my friend tu lepas kena sound tu terus dtg ke tempat kiteorg ngan muke yg merah n tersengih2. lepas tu die cakap. "Aku kene sound ngan student, dasyat betul!" kiteorg pun ape lagi gelakkan la die. hari ini dalam sejarah tu..invigillator kene marah dgn student! hahaha. agaknya sebab time tu student tu tau, yg jaga test tu bukan lect, so die bolehla cakap camtu. tapi memang lawak tul insiden tu. adala dekat seminggu kiteorg dok ulang2 cerita tu n gelakkan member tu..haha. sorry my friend :)

tp sekarang ni impossible la peristiwa macam tu nak berlaku lagi. my friend tu pun dah keje di utara m'sia. tak kene jaga test dah die. hehe. tapi seronok time2 jaga test masa master dulu. rasa cam dah besar jer..cam terrer je..huhu. tp sekarang ni jaga test/exam dh jadi perkara rutin, part of my job as an educator. so kena jalankan dengan tanggungjawab, dan doakan all the students do well in the test/exam :)

Thursday 4 October 2007

Hari Raya mood



wahh..hari raya dah dekat rupanya..cepat betul masa berlalu. kalau kat kampung dulu2 time mcm ni mesti tgh bz buat kuih raya n tolong mak kemas2 rumah.tp sekarang ni dah dok rumah sendiri preparation ala kadar je.. kuih raya main tunjuk2 jer, rumah pun belum kemas lg, insyaAllah wk end ni baru kemas :) tu je la preparation raya yg dibuat. baju raya pun dh siap tempah dah. tahun ni all blue.hehe

tahun ni raya kena berjimat-cermat..al maklumlah..bonus takde. so duit raya tu bagi sikit je la kut berbanding thn lepas. jadi, anak2 sedara yg dh BESAR tu jgn harap nk dapat duit raya.haha.kuih raya pun beli sikit je, sebab kuih raya dah mahal. biskut2 terutamanya, mahal betul! tp macamana pun almond london and chocolate shortbread wajib beli :)

tak sabar nak balik raya..insyaAllah, nxt week balik awal sikit, supaya sempat berpuasa di kampung, dapatla tolong2 apa yg patut..so sekarang ni kena siapkan semua kerja2 supaya dapat beraya dengan gumbiraa :)

so anyway, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. berhati-hati pulang ke kampung. drive safely