Tuesday 10 March 2009

balik kampung..

Esok balik kampung! spt biasa, balik kampung adalah sesuatu yg very exciting! esok sampai 13 hb gi visit practical students. then stay kat chemor until 17th. lama gak tu..ok la, dapat la rehat2..

Thursday 5 March 2009

Sesi menjawab tag

Arahan:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog cik-ixora untuk mendapatkan award anda".

------------------------------

1. 

2. Cik fizz tu haa yg telah mengtag.

3. 10 Hobi/fakta

    a. my current hobby is to play with qyst :)

   b. second hobby is to watch tv

   c. i also like to play mobile game. currently mad about scrabble 

   d. i like reading,but don't really have time to read what i like. most of my reading materials now are text book..(how sad)

   e. i like to makan2..favret food is nasi lauk ala2 kampung (especially the ones cooked by hjh. zainab bt. jamal..hehe my mom la tu) n favret drink is teh ais 

    f. like to wear casuals. t-shirt and slack are my favret. seldom wears make-up because don't relly see the point of dressing up for strangers.hehe

    g. love shopping! especially baju2 baby,comel2..amik saje, hubby sponsor.yeay!

    h. like dressing up qyst.

   i. love cooking! but hate cleaning up after cooking (pemalas betul)

   j. my dream job is to be a housewife! hehe

4. nak tag sape ye? ntahle sume nye dah di tag oleh cik fizz..ok la tag nyah jela.

updates on Mandi

Asked my friend last night on mandi wiladah. she looked it up into some of her fiqh kitab and found out that for mothers who gave birth and keluar nifas, mandi hadas besar once is enough. but utk yg give birth  (termasuk yg bersalin secara cesar) tp takde darah nifas keluar or keguguran, wajib mandi hadas besar juga..dan yg tu la yg dipanggil mandi wiladah. wallahua'lam.  she's going to ask some ustazah that she knows on this issue. so i'll update when she update :) 

Wednesday 4 March 2009

Mandi

Got an email from a friend today about mandi wiladah. Here's the email: 

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH , betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira overall saja. 

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua' lam 

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari kita ......semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan oleh saya & juga .... 

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak tahu akan hal ini..... 

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... 

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas 
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. 

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. 

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata. 

Perkara Wajib mandi hadas besar; 

Bagi lelaki 2 perkara: 
1. keluar air mani 
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga. 

Bagi perempuan: 
1, Haid 
2. Wiladah (melahirkan anak) 
3. Nifas 
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. 

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi: 
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar. 
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. 

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. 
Cuma niatkan: 
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku kerana Allah Taala". 

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. 
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja. 

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang lain..InsyaAllah 

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama. 

------------------------

the email made me confused. Does it mean that women need to mandi 2 kali? once directly after giving birth (although dlm nifas) and then again after kering nifas? so i searched the internet for this topic and the results were also inconclusive. some say we need, some say we don't. hmmm... here i include some of my findings (only the reliable ones, not from forum yg ntahape2):

Finding no.1 (from JAKIM): 

Source: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf

Soalan : Apakah mandi wiladah dan hukum mandi tersebut? 
.
 Jawapan : Mandi wiladah ialah mandi yang diwajibkan selepas bersalin..

Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan mandi wiladah dan adakah ia difardukan kepada seseorang? 

 Jawapan : Wiladah ialah darah yang keluar mengiringi bayi dari kandungan ibunya. Mandi wiladah ialah mandi kerana bersalin dan ia wajib kepada setiap wanita yang bersalin.

Soalan : Perlukah seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas selepas dia melahirkan anak atau pun boleh dia mandi hadas sekali sahaja iaitu selepas dia suci daripada nifas.? .
 Jawapan : Wajib seorang wanita yang melahirkan anak mandi hadas iaitu mandi wiladah selepas melahirkan dan mandi hadas sekali lagi setelah kering darah nifas.

Soalan : Assalamualaikum. Saya sedia maklum wiladah dan nifas antara perkara2 yg mewajib mandi hadas besar. Baru-baru saya menerima email menyuarakan pendapat bahwa tujuan sebenar mandi hadas besar dari wiladah adalah supaya sekiranya wanita tersebut menemui ajal sebelum darah nifas itu kering, wanita itu sudah berada dalam keadaan suci. Adakah pendapat tersebut boleh dipakai dan bagaimana kalau seseorang wanita itu menemui ajal ketika masih dalam keadaan berhaid? 
.
 Jawapan : Mandi wiladah sebelum suci daripada nifas tidak akan terangkat hadas besar. Sekiranya seseorang itu menemui ajal ketika dalam hadas besar maka akan terangkat hadasnya dengan mandi jenazah..
--------------------------

Finding no 2  

Source: blog USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/mandi-wiladah.html

MANDI WILADAH 

Soalan; Salam Ustaz. Saya ingin meminta penjelasan tentang mandi Wiladah. Apakah dalil yang disandarkan bagi kewajipan mandi wiladah ini? Adakah ia bermakna seorang wanita yang melahirkan anak perlu mandi dua kali; mandi wiladah dan mandi nifas?

Jawapan;

Wiladah bermaksud kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar. Ini kerana dikiaskan kepada mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi. Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi. Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji (kitab Fiqh mengikut mazhab Syafi’ie), pengarangnya menjelaskan; “Kemungkinan berlaku kelahiran tanpa diikuti dengan keluarnya darah. Maka hukumnya ketika itu sama seperti hukum janabah (yakni hukum keluarnya mani iaitu wajib mandi) kerana bayi adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Tidak ada beza pada hukum tersebut sekalipun berbeza rupa kandungan yang dilahirkan atau cara kelahirannya. Namun jika kelahiran diikuti dengan keluarnya darah –sebagaimana yang biasa berlaku-, maka darah itu dinamakan nifas dan ia tertakluk dengan hukum-hakam nifas” (Jil. 1, hlm. 82).

Namun mengikut mazhab Imam Abu Hanifah dan satu riwayat lain dari Imam Ahmad; wiladah tidak mewajibkan mandi kerana tidak ada dalil yang menegaskannya (Lihat; al-Majmu’, 2/168). Berkata Imam Ibnu Qudamah (salah seorang ulamak mazhab Hanbali) dalam kitabnya al-Mughni; “Yang soheh ialah tidak wajib mandi ke atas wanita dengan sebab wiladah kerana suatu kewajipan hanya sabit dengan nas (dalil) Syarak. Dalam masalah wiladah ini tidak ada nas Syarak yang mewajibkan mandi dan juga tidak ada pengertiannya dalam nas. Ini kerana bayi yang dilahirkan bukanlah darah dan bukan juga mani, sedangkan yang terdapat di dalam nas (dalil) Syarak; perkara yang mewajibkan mandi ialah dua sebab tersebut (yakni keluar darah dan keluar mani)” (al-Mughni, 1/165).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawai, jil. 2.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 1.
3. Al-Fiqh al-Manhaji, Dr. Mustafa al-Khin dan Dr. Mudtafa al-Bugha, jil. 1.
4. Ahkam at-Toharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan.

---------------------

Ade lagi more findings but nanti panjang sgt post ni. will update on other post. 

well, the findings are helpful, but still not conclusive. hmm... from what i learn, mmg haid, wiladah, nifas and jimak are all reason yg menyebabkan kite wajib mandi sebab kite dlm hadas besar. tak pernah tau n my mom pun xpernah la plak ajar perlu mandi immedietly after giving birth although at that time, kite still in keadaan berhadas besar (sebab nifas).

one more thing, the niat for mandi utk mensucikan diri dari hadas besar is the same, regardless what is the cause.meaning that after giving birth, somewhere along the line we will mandi hadas besar (after nifas, haid or jimak) so..to say that if we don't mandi wiladah (walaupun dah beratus2 kali mandi hadas besar oleh kerana sebab yg lain), sume amal ibadat kite sepanjang hayat tidak diterima Allah is something yg mengerutkan my dahi..musykil betul.

i will investigate into this issue more after this. risau jugak, sebab ini hal ibadah dan memandangkan i'm jahil dlm hal ini, i will ask org yg lebih dalam ilmu agamanya mengenai hal ini.  i'll update later.

ps: Allah Maha pengasih , Maha Penyayang. Islam itu agama yang mudah..janganlah kita menjadikannya rumit. jika timbul sesuatu isu, kita kaji dulu kebenarannya. jika benar kita salah dan jahil, kita bertaubat dan perbetulkan kesilapan. Islam itu mudah. Wallahuwa'lam