Thursday 27 September 2007

mari memasak :)

bulan puasa ni, kalau dah rasa bosan dengan lauk-pauk ayam, daging boleh cuba resepi ni untuk berbuka. dapat resepi ni dari satu rancangan masakan di tv. mudah di masak dan bahan-bahannya senang dapat. cuba lah, dijamin sedap :)

Bergedel tuna

bahan-bahan:
3-4 ketul kentang
1 tin tuna (ikan tuna sahaja(bukan tuna mayonise), yg biasanya direndam dalam olive oil or air)
daun bawang & daun sup, terpulang nak letak sebanyak mana, sesuka hati sesedap rasa
lada sulah
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
kalau nak pedas lagi, campurkan cili padi yang telah dihiris

cara memasak:
1. goreng / rebus kentang sampai empuk. kemudian lecek sampai hancur.
2. hancurkan tuna, kemudian gaulkan dengan kentang tadi.
3. hiris daun bawang dan daun sup kemudian campur dengan bahan-bahan tadi.
4. masukkan lada sulah dan garam secukup rasa dan sesuka hati
5. gaulkan semua bahan2 tadi sampai sebati. selepas tu kepalkan bentuk bulat dan kemudian tekan sedikit supaya menjadi sedikit leper.
6. pukul telur,dan panaskan minyak utk menggoreng. minyak untuk menggoreng perlu banyak seperti minyak untuk goreng cekodok.
7. bila minyak sudah panas, celupkan bergedel yang leper tadi ke dalam telur. pastikan telur tersalut ke seluruh permukaan bergedel tersebut.
8. kemudian goreng bergedel tersebut. berhati2 ketika membalikkan bergedel tersebut, pastikan bahagian bawah sudah betul2 masak baru balikkan dengan hati-hati. kalau tidak, bergedel tersebut akan pecah.
9. siap di goreng, angkat dan toskan minyak. lap dengan tisu kalau terlalu banyak minyak.
10. selepas itu, bolehlah di makan untuk berbuka. boleh makan begitu sahaja atau dicicah dengan sos, atau dimakan dengan nasi

resepi ni sama saja dengan resepi bergedel daging, cuma gantikan daging dengan tuna.

selamat mencuba!

Friday 21 September 2007

Lot's of work...

This week i have been very busy. lots and lots of work to do! i don't know how am i going to finish it all..
now i'm taking a half an hour off from doing my work to surf the internet. while surfing the net, i came across a website which let you take a quiz, to decide which harry potter kid are you. i know..i know..it's child's stuff, but its kind of fun to know which character are you. the result? well..ta daa!


Which HP Kid Are You?


it turned out i am most like harry potter. haha! funny,i thought i would be ginny weasly. go ahead and try it for yourself. bring back the kid in you. :)

ok...got to continue doing my work..se ya

Tuesday 18 September 2007

Beli atau masak?

Dalam bulan ramadhan ni, yg mana lebih menjimatkan? beli je semua juadah berbuka atau masak?

Let's see.. kalau beli, di pasar ramadhan kat sini, lauk ayam, seketul RM2. Untuk 2 orang makan, so, kena beli 2 ketul, dah RM4. lepas tu nak la beli lagi satu lauk lain, katakanlah beli gulai lemak sayur ke, so beli rm 1. lepas tu pulak kuih-muih, kalau murtabak paling murah RM2, tp biasanya RM2.50. kuih2 lain boleh beli RM1, dapat 4 ketul. kalau rasa nak beli air pulak, tambah lg RM1.. so total semua sekali RM 9 utk 2 org..tak termasuk nasik. nasik masak sendiri kt rumah..

kalau masak pulak, ayam sekilo rm 6, kalau beli, biasanya xsampai sekilo, katakanlah 2 ketul ayam, lepas tu masak gulai lemak katakan..so campur2 kos rasanya ada dalam Rm3.00 kut.. so kira dah save la tu. then sayur pulak, lebih kurang RM1 juga harga die.then kuih-muih, yg ni leceh sket nak masak..dan kos pun lebih tinggi sikit. takkanla utk makan 2 org nak buat kuih yang dasyat2? yg susah2? macam tak logik..

kalau masak sendiri memang jimat dari segi harga, sebab harga makanan di pasar ramadhan tak masuk akal mahalnya. tapi, kena fikir dari segi tenaga. kalau memasak, walaupun hanya utk 2 org, dan hanya dua lauk, tapi preparation die sama je macam masak 5 orang. 2 lauk = 2 periuk = 2 jenis bahan2 berbeza. plus lepas tu kena basuh periuk dan bekas2 yang digunakan untuk memasak..banyak kerjanya.. kalau balik dari keje, lepas tu memasak lagi,memang penat. lepas makan kena basuh pinggan pulak.

tapi kalau nak kepuasan, memang masak sendiri lagi puas, sebab lagi sedap dari yg beli. cuma dari segi tenaga kena korban sikit. kalau ada assistant tolong masak lain cerita, kalau masak sorang2 penat tu..

so macam mana ye solution yang paling baik? as for me, ikut mood..kadang2 masak, kadang2 beli..kalau balik lewat, kelas abis lewat, beli la jawabnya. tapi sebenarnya hari2 pun masak, kalau beli pun, satu or dua lauk jer, pastu masak satu lauk lagi, sebab lauk yg masak tu akan jadi lauk untuk bersahur nanti..

terpulangla pada masing2, nak masak or nak beli saje. ape yg penting, jgn membazir, masak or beli ikut keperluan saje..jangan beli/ masak ikut nafsu yg tengah lapar.. tp kalau masak tu dapat la pahala sikit kut, sebab masak utk suami berbuka :)

p.s.: walaupun penat camne pun, solat yg wajib dan yg sunat jgn lupa, mesti tunaikan jugak

Tuesday 11 September 2007

SeLamaT BeRPuasa

Selepas setahun menghilang, Ramadhan kembali juga akhirnya. Alhamdulillah..
tahun ni thn kedua berpuasa berdua. tahun kedua juga puasa di pantai timur.

SElamaT menJalani IbAdaH PuAsa
Moga Ramadhan tahun ini penuh terisi dengan amal ibadah


hello..it's been a while

its been a while since my last entry. i've been busy lately with the never ending work..tapi dalam bz2 tu sempat balik kampung last week, celebrate merdeka at kampung. i got back here on thursday, and since then i've been very2 busy with lots and lots of work. phew..! Alhamdulillah...sekarang ni dah siap dah kerja yang paling penting dan kritikal. so now, i can tarik nafas sikit, nk rehat2 sekejap..sebelum bermula sekali lagi :)

over the last 2 weeks, banyak perkara berlaku.macam-macam jadi. masalah ini, masalah itu, cerita ini, cerita itu, jalan2 sini, jalan2 situ, macam2. but whatever it is that comes in the way, in the end, everything will be OK and there's a lesson to be learned. after all, the best way to learn is through experience isn't it? dan yang paling penting, masa hadapan nanti, insyaAllah akan selalu beringat supaya jgn buat kesilapan yg sama :)