Thursday 21 May 2009

Tangan, kaki,mulut

I had to take leave from work the whole  last week because my baby was infected with the hand, mouth and feet disease (HFMD) .

Terkejut gakla masa mula2 dapat tau qyst kena sakit tu. Mulanya dia kena demam. suhu sangat tinggi,sampai 39C, terpaksa rushing ke klinik malam2 buta sebab suhu badan die tak turun2. Dr. trus masukkan ubat kt bontot die, barula kurang demamnya. Pastu esoknya tiba2 kuar ruam kat area kaki die, paling banyak kt bahagian peha sampai bawah lutut. Pelik gak, mula2 ingatkan ruam panas, sebab kebetulan qyst kena ruam panas pada leher dia, so sapu ubat jela.2 hari sebelum tu dh bawak jumpa pediatrician, utk rawatan ruam panas die tu.. esoknye bawakla gi taska cam biasa, pastu plan ptg tu kalau xok gak baru nak bawak semula jumpa Dr. tu. Sekali bila gi hantar ke taska, nanny kat situ kata bukan qyst sorang je yg kena ruam2 gitu, budak2 lain yg sama bilik ngan qyst pun kena!and she's not the first one yg kena. infact, ade sorang budak tu mak die dah call dh kate cuti sminggu..anak die kena infection,tp xsure jangkitan apa.

Tak boleh jadi nih, risau betul,takut kena demam campak ke..so we rushed qyst to the peds again.. Dr. tu cek2 then trus bgtau yg qyst kena HFMD! terkejut kiteorg. tp since demam die dah baik, so qyst dlm recovery process,n type HFMD yg die kena ni xberbahaya. and yes, die kena jangkit from taska. as a result, i had to stay at home, jaga qyst sminggu, sebab penyakit ni highly contagious..

Ruam n lepuh on qystina's leg.

Dah sihat dah..

What made me a bit angry was that she got the disease from the taska. and on the week that she got infected, i only sent her there for two days! geram betul..kalau tau, xhantar la qyst ke taska..and at first, the tauke of the taska, didn't wanna admit that its HFMD. she said "maybe  just demam campak kut puan.." ye la tu..dr. pakar kanak2 dh kate HFMD, pepandai die kate demam campak..hehe. skali, esoknya ade parents yg xpuas hati, bawak anak gi spital..ape lg, org2 jab. kesihatan wat check up kat taska and closed the room yg sume budak kena jangkitan ni. lepas tu dierang telefon all the parents yg anaknya got infected, utk pastikan anak2 xdihantar ke taska selama sminggu. amik kau!!

Anyway, i did a bit of research on this didease, dan nak share with everyone pasal penyakit ni. the below article, i got it from blog Dr. Azwan. so let's menambah ilmu kita tenteng penyakit ni, terutama parents yg ada anak bawah 12 thn..

Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan


HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangandan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak. 


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan. 

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wednesday 20 May 2009

Mothers

Banyak menda nak citer sbenanya,tapi malas nak menaip post.hehehe.. anyway, hope it's not too late to wish happy mothers day to all mothers out there (hey! i'm a mother too! 1st time celebrating, tenkiu very much)

Here's a song for all mothers (sorry for the word "Mahadewi", might be a bit sensitive for us Malaysians, but it's an Indonesian song, so let's just ignore it. I think in our language it means bidadari kut..anyway it's just an expression to show how high a woman is appreciated)

Mahadewi -by Padi

Hamparan langit maha sempurna

Bertahta bintang - bintang angkasa

Namun satu bintang yang berpijar

Teruntai turun menyapa aku


Ada tutur kata terucap

Ada damai yang kurasakan

Bila sinarnya sentuh wajahku

Kepedihanku pun... terhapuskan


Alam rayapun semua tersenyum

Merunduk dan memuja hadirnya

Terpukau aku menatap wajahnya

Aku merasa mengenal dia...



Tapi ada entah dimana

Hanya hatiku mampu menjawabnya

Mahadewi resapkan nilainya

Pencarianku pun... usai sudah


Mahadewi resapkan nilainya

Mahadewi tercipta untukku

Mahadewi resapkan nilainya

Mahadewi tercipta untukku