Thursday 27 September 2007

mari memasak :)

bulan puasa ni, kalau dah rasa bosan dengan lauk-pauk ayam, daging boleh cuba resepi ni untuk berbuka. dapat resepi ni dari satu rancangan masakan di tv. mudah di masak dan bahan-bahannya senang dapat. cuba lah, dijamin sedap :)

Bergedel tuna

bahan-bahan:
3-4 ketul kentang
1 tin tuna (ikan tuna sahaja(bukan tuna mayonise), yg biasanya direndam dalam olive oil or air)
daun bawang & daun sup, terpulang nak letak sebanyak mana, sesuka hati sesedap rasa
lada sulah
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
kalau nak pedas lagi, campurkan cili padi yang telah dihiris

cara memasak:
1. goreng / rebus kentang sampai empuk. kemudian lecek sampai hancur.
2. hancurkan tuna, kemudian gaulkan dengan kentang tadi.
3. hiris daun bawang dan daun sup kemudian campur dengan bahan-bahan tadi.
4. masukkan lada sulah dan garam secukup rasa dan sesuka hati
5. gaulkan semua bahan2 tadi sampai sebati. selepas tu kepalkan bentuk bulat dan kemudian tekan sedikit supaya menjadi sedikit leper.
6. pukul telur,dan panaskan minyak utk menggoreng. minyak untuk menggoreng perlu banyak seperti minyak untuk goreng cekodok.
7. bila minyak sudah panas, celupkan bergedel yang leper tadi ke dalam telur. pastikan telur tersalut ke seluruh permukaan bergedel tersebut.
8. kemudian goreng bergedel tersebut. berhati2 ketika membalikkan bergedel tersebut, pastikan bahagian bawah sudah betul2 masak baru balikkan dengan hati-hati. kalau tidak, bergedel tersebut akan pecah.
9. siap di goreng, angkat dan toskan minyak. lap dengan tisu kalau terlalu banyak minyak.
10. selepas itu, bolehlah di makan untuk berbuka. boleh makan begitu sahaja atau dicicah dengan sos, atau dimakan dengan nasi

resepi ni sama saja dengan resepi bergedel daging, cuma gantikan daging dengan tuna.

selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment