Saturday, 7 February 2009

airmata untuk palestin

Tadi majalah 3 buat paparan tentang gaza post war. tergerak lak hati nak tengok..seama ni tgk kat berita je. ni wartawan maj 3 sendiri yg turun ke sana buat liputan. berani sungguh dierg..

start2 je dah tunjuk keadaan mangsa kekejaman israil. first yg die tunjuk ada seorang wanita 40-an yg melecur badan sebab kena bom fosforus israil laknatullah..tunjuk betapa payahnya die nak bangun dari katil, lepastu dia menangis,mengerang kesakitan..memang jelas nampak menderitanya dia kesakitan. tak tahu la dah berapa lama die menahan kesakitan macam tu. aduh,sedihnya tgk..tak sedar air mata mengalir.mmg kesian sgt tgk. lepas tu tunjuk seorang budak yang terlantar sakit. die perlukan rawatan lanjut dan perlu di bawa ke mesir. tp malangnya tak dibenarkan...menangis2 maknya..namun pesakit2 kat hospital tu tak kisah wartawan ambil gambar, interview sume. dierg kata nak bg seluruh dunia tau betapa kejamnya israil. yes, your message is received.

lepas tu wartawan2 gi melawat tempat2 bekas serangan israil. memang dasyat. ada satu tempat tu, di dinding tembok, bukan shj berlubang kesan tembakan, malah ada dinding yang bertompok-tompok hitam. sekali pandang macam kesan tembakan, tapi rupa2nya cebisan2 daging para as-syuhada yg bertaburan setelah hancur diletupkan bom..kejam sungguh israil ni.. selain dari tu, sekolah latihan polis pun dibom..ada satu tempat tu, kawasan lapang, 50 org polis palestin syahid sekaligus selepas dibedil bom. ada ditunjuk jugak serpihan bom2 tersebut. rupa2nya bom dierg tu very high-tech dan dilengkapi kamera..so their target was not random.mmg dierg nak musnahkan kawasan tu..pastu satu penemuan yg memang Subhanallah; wartawan2 tu tejumpa cebisan tulang,dipercayai milik salah seorang anggota polis yg syahid. namun bila salah sorang wartawan tu cium,tulang yang sepatutnya berbau busuk, tidak berbau langsung! mungkin tu bukti kesyahidan anggota polis tsbt. selepas tu dierg kebumikan tulang tu..

satu part yg menarik, bila wartawan tanya pada slh seorang polis sukarelawan kat sana,' palestin menang atau kalah dlm perang ini?' tanpa hesitation polis tu jawab 'kami menang, berkat ketabahan kami'. then wartawan tnya lagi:' tapi israil declare yg dierg menang?'. polis tu jawab 'mereka kata mcm tu semata2 utk meyakinkan askar mereka shj'.. i agree 110% with his statement.

lepas tu krew maj 3 pergi melawat ke sebuah pasar. Kental betul semangat org palestin ni..selepas perang, teruskan kehidupan.life must go on.. pasar, kedai sume berjalan seperti sebelumnya. dieorg walaupun diberi pelbagai bantuan, tetap tak bergantung dan mengharap sepenuhnya pada bantuan semata-mata. terus mencari rezki walaupun barang yang dijual tu sikit shj. di npasar tu, ada seorang makcik ni apabila diinterview, die kata dia berdoa agar Allah turunkan burung Ababil untuk menghancurkan israil.. aamiiin..

next week ada lagi smbungan kisah di gaza ni. tak sabar nak tgk..memang menginsafkan. sedih tgk nasib saudara2 kita di sana. kita kat sini, take me for example, selalu takes things for granted. kadang2 lupa yang nikmat, kekayaan dan kebahagiaan yang Allah beri ni mungkin akan hilang satu hari nanti..bersyukurlah kite dgn apa yg ada sekarang.sesusah2 kita, ada lg saudara yg berpuluh kali susahnya daripada kita..lepas ni sy nak belajar supaya lebih menghargai dan bersyukur atas nikmat yang Allah beri ni..InsyaAllah.

ps:-orang di palestin berusaha untuk hidup, berhempas pulas berjuang untuk mempertahankan tanah air..kita di malaysia yg aman ni? berebut2 kuasa, berebut negeri. hmmm......

1 comment:

  1. h tgk majalah 3 hari tu..org pun mengkubak tanpa segan silu

    ReplyDelete