Friday 4 January 2008

kisah kentang di tahun baru

slamat tahun baru 2008...tahun bertambah, usia pun bertambah..huhuhu. ape yer azam thn baru ni? for me of coz, xsabar nak jd ibu..camne la yer nanti jd mak orang? harap2 boleh jadi sebaik my mom. AAAmiin :)

tahun baru ni, harap2 bukan angka umur jer bertambah. harap2 kematangan n kedewasaan juga bertambah. harap2 semua sifat2 yang kurang enak tu dapat dikikis, disingkir tahun ni. ade satu cerita yang sy nak konsi sempena tahun baru ni..cerita ni biase2 jer, cuma moral die tinggi. cerita ni sangat sesuai utk sy dan juga utk cik fizz (hehe, jgn mare ye!) nama cite ni kisah kentang. sy dapat dr paper mingguan m'sia, xingat bile tarikh die..so terimalah, kisah kentang...

ade seorang cikgu,yang mengajar sekolah rendah. dia dapati pelajar kelas dia ni selalu bergaduh sesama mereka. satu hari, cikgu ni masuk ke kelas dengan membawa beberapa karung kecil. kemudian dia memberikan satu karung tersebut kepada setiap pelajarnya. kemudian dia memberitahu pelajarnya "hari ini cikgu nak minta awak buat satu eksperimen. sepanjang minggu ini, cikgu nak setiap orang bawa karung ni ke mana saje kamu pergi. setiap kali kamu merasa marah, atau tidak puas hati atau tersinggung dengan sesiapa saje, kamu masukkan sebiji kentang dalam karung ni. jangan keluarkan kentang tersebut dari karung, kecuali apabila kamu sudah maafkan org tersebut. selagi kamu tak maafkan, jgn keluarkan kentang tersebut, dan bawalah karung tersebut ke mana saja kamu pergi."

maka pelajar2 tu pun buatlah seperti yang diarahkan. selepas seminggu, cikgu tersebut bertanya kepada pelajarnya, bagaimana keadaan karung kentang mereka. salah seorang pelajarnya menjawab "karung saya terlalu berat untuk dibawa kesana sini cikgu. ada beberapa kentang yang sudah busuk dang berbau." kemudian cikgu tersebut mendapati bukan seorang sahaja, malah ramai dari anak muridnya yang mengalami masalah sama. karung kentang mereka penuh sesak dengan kentang yang kebanyakkannya sudah busuk.

cikgu tersebut tersenyum dan berkata kepada pelajarnya "kenapa kamu tak maafkan saja org yang menyakitkan hati kamu tu? kalau kamu maafkan semuanya, dan keluarkan kentang tersebut dari karung tu, bukankah selesai masalah? tak perlu lg bawa karung yang berat dan berbau busuk? dalam kehidupan kita pun memang begitu. setiap hari, kita akan marah, dan sakit hati dengan org tertentu. tetapi cubalah belajar utk maafkan org tersebut. kerana kalau kamu tak maafkan, dan simpan kemarahan dan kebencian itu dalam hati, lama kelamaan ia akan semakin memberatkan dan jika terus dibiarkan akan menjadi sesuatu yg lebih teruk. itulah yang cuba cikgu sampaikan dalam eksperimen mudah ni."

sejak dari itu, murid-murid kelas tersebut mula belajar untuk memaafkan kesalahan org lain..

so moral of the story, memaafkan lebih baik dari terus-terusan menyimpan rasa marah/benci dalam hati. walaupun kadang2 susah nak maafkan orang, tp cuba yang terbaik.. hopefully i'll be better at that this year :)

1 comment:

  1. bagus sekali citer nie, saya mmg xnak menyimpan kentang tue lama2, jadi sudah tentu sy akan memaafkan org lain, think positive to others..citer yg bagus, bisa buat ku tersentuh :D

    *azam sy yg ke 967 - mahu jadi budak baik :D

    ReplyDelete