Monday, 10 January 2011

mengapa perlu pindah??

this house we're renting now is fine, furnished and complete. imagine sampai2 ke bumi asing ni, dapat sewa rumah yg furnished, dari katil, tilam, sofa, sampailah peralatan dapur, semuanya lengkap. tv pun ada! memang serba lengkap, mmg  memudahkan kami nak start kehidupan kat sini. tapi, lepas dah setahun lebih menyewa sini, rasanya sampai dah masa utk keluar, sewa rumah lain plak. kenapa nak kene pindah? ada la sebab musababnye...

sebab satu:
rumah skrg ni kat level 3 (tingkat 4) aduhh...setahun dah naik turun tangga. paling terasa bila balik dari membeli groceries,  berpeluh2 mengangkat barang. mmg bersenam sungguh :)

sebab dua:
yg ni agak mengada sikit..barang dah banyak!!! tulah akibatnya bila asyik gi carboot je...kebanyakkan barang2 ni mainan budak2 jer..ops dan pinggan mangkuk. eheheheh. barang besar2 xde, paling besar pun tv n komputer jela kut..

sebab tiga:
berkait dgn sebab kedua..barang dah banyak, rumah plak comel..standart apartment size...so makin lama ruang semakin kurang. ruang storage takde..skrg ni dh taktahu nk sorok mane dah barang2.

sebab empat:
nk bg ruang yg lebih luas utk anak2 bermain..dua2 puteri ni dh makin besar, suka berlari n melompat2. sudah sampai masanya utk bg dierg ruang yg lebih selesa utk bermain2.

sebab lima:
aduhai...jiran atasku! tiap2 hari bising. jenis yg suka dgr lagu kuat2, tak mengira masa. lg satu, pukul 10 malam baru nak vacumm rumah, lepas tu gedebak gedebuk bunyi melompat2. kitorang syak die dok main game wii fit (tgh2 malam2 nak bersenam, tak ke something wrong tu?) lepas dah penat bersenam tu, pasang cite kegemaran die kuat2 sampaila tgh malam..tulah rutin harian die setiap malam. sape tak tensen??

hmm...tulah realitinya. jadi cik ejen rumah, silalah serahkan kunci rumah sewa kami tu cepat2 ye, berjanggut dah kami tunggu ni...kotak dah menimbun tersusun diruang tamu dan dibilik, menunggu masa untuk diangkat, kunci rumah tak dapat2 lagi..sabar jelah..doakanlah urusan kami pindah memindah ni dipermudahkan ye..thanks!

Friday, 7 January 2011

sudah semakin besar!

cepat sangan anak2 membesar... kejap je rasanya dah nak masuk 3 tahun dah kakak.. adik plak nak dekat 2 tahun dah. bile tengok keletah anak2 rasa terhibur..walaupun kadang2 rasa GERAM bile dierang buat perangai..hehe. apa2pun ummi doakan yg terbaik untuk anak2 ummi. semoga menjadi insan yang berjaya dan bahagia didunia n di akhirat..

video kakak nak tidokan baby die..heheh

Friday, 31 December 2010

happy new year!!

goodbye 2010, welcome 2011.. new year, new resolution??
hmm.. haven't thought about it till tonight. been busy lately. just return home from cuti2 ke hujung uk :)
resolution???? hmm.. just want to be a much better person than i am last year. a better wife, a better mom, a better daughter, and most important of all, a better hamba kepada Yang Esa.

There's maybe 'something' new coming 2011. not 100% sure about it yet, so let's just keep it quiet for now..syyyy...

 2010 went by like speeding bullet. to tell the truth, not quite sure what i managed to achieve.Nothing much really..huhuhu. mengabihkan boreh ajo. sedey...sedey. Oh well, yg lepas tu lepas la kan? let's open a new chapter now dgn bismillahirrahmanirrahim..

Saturday, 23 October 2010

layan katun jepun

zaman muda2 dulu sgt suka melayan komik jepun. macam2 komik dok kumpul. pastu share dgn anak2 sedare,  tukar2 komik.

zaman skrg ni, dah tua2 xdelah nak membaca2 komik ni...buang tebiat le pulak kalau tiba2 beriya nak mengumpul komik.ye tak?

tapi seminggu dua ni dok melayan cite katun jepun plak..hehe. dulu2 kumpul gak komik ni, tapi tak habes, pastu dah malas nak membeli.. 

tibe2 kat sini, teringat plak kat komik tu, ade pulak tu kat internet, boleh download. so skrg ni melayan cite katun die pulak.

seronok jugak melayan cite katun jepun ni, sebab kelakar citenye, n katun yg ni takde adegan sensored2 or yg terlalu ganas, tak macam sesetengah katun jepun yang seksi/ganas melampau2. 

tp masalah komik/ katun jepun ni, sekali baca/ tonton, mesti nk lagi..dan lagi. lepas satu, satu episod dilayan, sedar2 dah abis seratus episod! sambung pulak episod seratus satu n seterusnya! hahaha..

sudah2lah tu....cukup

ps: katun cerita One Piece

Tuesday, 19 October 2010

malas...malas

Banyak kali dah menaip something kat blog ni..tp lepas tu malas nak sambung, trus close je..
Banyak kali jugak ambik buku nak bace, selak2 satu dua muka, lepas tu trus tutup, simpan. malas nak sambung.
Banyak gak keje2 yg tertangguh..sebab malas nak buat.huhuhu

malas..malas...malas!

malas nak update blog, malas membaca, malas nak buat keje, macam2 malas! kenapa malas ye? sebab banyak sgt makan? banyak tidur? ke sebab cuaca yg sejuk2 nih? (sekarang suhu around 6 to 10 degree C..tsssejukkk)

atau memang semulajadi M A L A S?

kadang2 rasanya sehari tu berlalu macam tu jer..takde ape2 yg menarik berlaku atau dilakukan..
dalam fikiran sebenanya plan macam2. nak buat itu, nak buat ini, tapi tak kesampaian. ataupun kadang2 buat separuh jalan jer..atau lebih teruk lagu suku jalan pon tak sampai. aduhai...apola nak jadi ni?

hmm...perlu improve nih! at least try something different/something new everyday. walaupun bendanya kecik je..but at least kena try do something different, kalau tak, nanti akan jadi semakin MALASSSS!!!!!

ps: satu kelebihan kite sebagai manusia, sentiasa boleh improve diri. Asalkan kita MAHU, semua boleh jadi. insyaAllah.
Ops, tp kemahuan, saje tak cukup daa...kene disertai dengan that little thing called KOMITMEN. barulah menjadi apa yg diusahakan :)

Wednesday, 13 October 2010

Thursday, 7 October 2010

.....what would you like?......

'Portmeirian pottery dining set?'
'NO, thanks'

'Chesterfield sofa?'
'NO, thanks'

' LV handbag?'
'NO, thanks'

' MAC makeups?'
'NO, thanks'

'DSLR camera?'
'-YES PLEASE!!!'

surirumah moden? poning la kepalo hubby tersayang camni..heheh