Saturday, 6 March 2010

beautiful song

Maher Zain - Open Your Eyes

 

Thursday, 4 March 2010

merepek sekejap

i miss my  mum and dad
i miss my brothers and my only sis
i miss all my nephew and nieces
although we chat all the time ;)
and share hot stories and gossips sometimes!

i miss my friends..how are they?

i heard some are blessed with little angles
but some are faced with tough challenges
oh..hang in there friends!

i miss my home in chemor
but i miss my home in kuantan more

 i even miss the city,
with its hot weather and ikan bakar
keropok lekor..oh definitely miss that!


huhu...baru 3 bulan dok sini. lama lagi weiii.....

Wednesday, 17 February 2010

Shopping jimat cermat

Shopping..shopping..shopping. Orang pompuan dan shopping memang tak boleh sama sekali dipisahkan, betul tak? Di mana2 pun orang pompuan mesti nak shopping, walaupun hanya untuk membeli barang keperluan dapur je :)

Duduk merantau ni aktiviti shopping kena dikurangkan dan di improvise. Tak boleh la nak beli barang yang ntah apa2 macam kat mesia, al-maklumlah, sekarang kan housewife.. Tapi, macamana pun tetap bershopping, walaupun dengan berjimat cermat!

Shopping di sini tak sama macam shopping di mesia.. kenapa ye? sebab nilai matawang! GBP antara nilai matawang tertinggi kan? so, jauh benar beza matawang GBP dengan RM.. Latest rate (lebih kurang) 1 GBP = RM 5.35. Banyak beza tu..

Jadi, apa impaknya? Ok, disebabkan value duit die yg tinggi, jadi, dengan GBP 1.00, kite boleh beli bermacam2 barang berbanding RM 1.00. Harga barang2 sini pun memang rendah berbanding mesia. Banyak barang2 yang harganya tak sampai 1 pound. Bayangkan, last week, nak masak spagetti.. so gi hypermarket utk beli bahan2. Harga sebungkus spageti GBP 0.69, n kuah die, GBP 0.30 sebotol, utk sekali masak, boleh makan 4 orang.. so dengan modal 1 pound, dah leh masak dah, spageti..tapi kosng jela..tambah daging cincang, sayur2an totalnya still under GBP10.00. kalau kat mesia? dengan RM10, kita hanya dapat beli sos n spageti jer..takpun gi fast food, dapatla makan sepinggan, utk seorang makan je..hehe. Memang mengagumkanlah mula2 bershopping dulu..sebab tak biasa beli barang harga sen2 jer..biasa main ringgit2 je..

Every week kiteorg shopping barang2 keperluan harian di hypermarket, total biasanya tak sampai GBP50.00.. barang yang dibeli sama banyak dengan barang yang kalau dibeli di hypermarket mesia, dalam rm300 i.e penuh satu troli. Memang jauh beza betul! untuk lebih menjimatkan, kiteorg biasanya pilih barang yang jenama hypermarket tu,so lebih murah! sangat menjimatkan..

tapi tak semua barang yang dijual murah2..ada juga tempat2 shopping yang mewah n mahal..tak pernah menjejakkan kaki ke situ pun..hehe. takut nak gi, takut terbeli! Lagipun nak buat ape, bukannya kita duduk sini utk bersuka-ria..tempat orang, duduk sementara je pun, kita merantau, kena la berjimat cermat :) lagipun, tak sampai hati rasanya nak menghabiskan duit elaun husben dengan benda2 yang membazir!

Kalau nak lagi jimat, beli barang di carboot. Satu lagi keistimewaan kehidupan di sini. Penghuni di negara maju ni pandai menjaga barang..guna elok2, lepas tu bila dah tak guna recycle or jual di carboot sale. Rumah dierg ni sempit kebanyakkannya, ruang simpanan tak besar..tapi dierg tak buang barang2 yg dah tak nak pakai, selagi barang tu elok, boleh guna, dierg takkan buang,so bg kt org atau jual semula.

Macam2 barang ada di carboot ni, setakat ni pernah gi sekali je, sebab sejuk sangat..huhu, tak larat la shopping sejuk2..tunggu lepas abis winterla baru nak aktif ke carboot.hehe. Menurut kata kawan2 yang dh lama disini, memang seronok gi carboot ni, boleh beli macam2, dengan harga yg murah. Tapi kena pandai pilih la..Haritu pergi, macam2 beli, siap beli kapet yg besar, dengan harga 4 pound je..murah betul :) kena pegi selalu ni..hehe

Nak lagi jimat?? Recycle! rupanya ada juga mat saleh yg tak suka carboot2 ni..so apa die buat, barang2 yang dah tak nak pakai tu, die akan bg free je pada sesiapa yang nak pakai..dasyat kan? pemurah betul..Biasanya dierang akan advertise di group2 recycle kat internet. so mane2 member group tu yg berminat, bolehla balas advertise tu n kalau dipilih, bolehla ambil barang tu. macam2 barang ade, dari baju, barang elektrik, perabot,barang mainan budak2, even syampu rambut pun ade org nak bagi!

Ops, last but not least, shopping through ebay! satu lg cara shopping di sini :) Tapi, leceh sikitla, nak kena bid. Setakat ni beli mainan bebudak ni, dengan car seat through ebay. Berbaloi la jugak, harga asal car seat tu, kalau yg baru seratus lebih pound, tapi, kiteorg dapat 20 pound jer..sangat jimat and still in gud condition, boleh bawak balik mesia nanti :) Tapi tula, kena ada skill bidding yang tinggi. jari kena pantas menekan keyboard,n mengklik mouse, terutama minit2 terakhir..kalau tak, kalah la jawabnya, tak dapatla barang yang diidamkan tu..

Realitinya, memang duduk di negara orang tak sama dengan tempat kita, tapi kita kena berubah n go with the flow. nak duk disini, kena la ikut cara sini..ye tak? apa2 pun, shopping tetap ON!

Ok, time to go. Nak solat zuhur n kemas rumah sikit..budak2 tengah lena diulit mimpi..

Tuesday, 19 January 2010

mari belajar tangkap gambar

Skrg ni tengah semangat nak belajar tangkap gambar. Sama mcm cik fizz..hehe.

hari2 dok menelaah e-book fotografi (books courtesy of awi, tq!). Seronok plak blaja sendiri ni..mmg mengamalkan konsep self-study n lifelong learning tul.haha. tp tula, dah terbiasa agaknya, or maybe org yg terdedah dgn budaya akademik ni, bile belajar, mesti nak kene ade buku. mesti nak bace basics die. kalau boleh setiap butang n function yg ade kt kamera tu, nak tau ape mendanya. mesti nak tau what, why, how etc. so membacala keje hari2 seminggu dua ni. bace bukan setakat 1 buku je, 2-3 buku, then ditambah lagi dn website2 n forum2 online pasal fotorafi..punyela nak pandai... well at last boleh dikatakan teori tu dah cover gakla..ISO, aparture (btl ke spelling?) shutter speed, dah tau la sket2.

tapi when it comes to composition, framing, sume tu, bace banyak mana buku pun takkan pandai. yg kelakarnye, kekadang info dalam buku2 yg dibaca tu bercanggah antara satu sama lain. contohnya, masa kite nak compose our picture, ade buku yg kate mesti n tak boleh tidak kena follow the rule of thirds ( kaedah utk letak main object kite masa nak tangkap gambar). ade pulak buku lain yg kate rules are meant to be broken..hahaha..pening2. last2 i've decided, OK, cukup setakat tu, masa utk belajar secara hands-on. so i picked up the camera n tangkap la gambar banyak2..ops sebelum tu ade kene marah sekali dgn missD sebab tanya die ada tak website yg ajar cara short-cut utk pandai tangkap gambar? hehehe..tensen missD dengan kemalasanku...

So now i'm concentrating on how to take potrait picture indoor (yerla, dok dlm rumah je kat sini..so no choice la, kena pilih indoor) n satu lagi atas saranan missD, tangkap gambar makanan. tang gambar makanan tu mmg xde masalah nak tangkap. tapi tang potrait tu...masalah betul! sebab model2 free yg ada kt rumah ni susah nak bekerjasama. baru nak snap gambar dah bergerak, gambar pun blur la jadinye...tutup muka la, menangis la, nak pegang kamera la..macam2! hehe.

takpe...masa sangat baaaanyakkk for me to learn photography. bukan nak jadi pro pun, hanya sekadar hobi, utk tangkap gambar famili, sebagai kenangan :)

model yg ni suke sgt tutup muka or buat aksi2 yg ntah ape2



model ni plak suke sangat bergerak, n nak pegang kamera


gambar masakan semalam...daging masak hitam ala nasi kandar :)

sup sayur...


gune mainan budak2 ni jadi model..

antara shot yg susah nak dapat..dua2 dok diam. ops, gambar ni telah di crop (for better composition.ayat buku tu... jgn main2.hehe) dan dibetulkan lightingnya menggunakan Picasa :)

Thursday, 14 January 2010

adikk

baru perasan..xpernah letak gambar adik lg kt blog ni..huhu. kat my fb banyakla gambar die.

my 2nd daughter ni cepat betul perkembangannye. umur 2 bulan dah meniarap, umur 5 bulan dah merangkak. sekarang ni nak masuk 6 bulan, dah mula nak berdiri plak..cepat betul! mungkin berkat fully breastfeed kut? ataupun die dok tgk kakak die, pastu tak sabar2 nak kejar kakak die, tu yg nak cepat berjalan tu kut.

die punya suara pun boleh tahan kuatnya bila menangis. lambat je sikit layan start la radio die tu..ummi die je blh pujuk laktu! kadang2 geram jugak. yela, kite dok sibuk nak buat keje, nak masak ke, nak sidai kain ke or nak uruskn kakak die ke, pastu tibe2 die dok nangis2 nak dilayan, nangis sekuat hati laktu, kalau org dengar, mesti ingat kene dera ke ape ke..hehe.

ape pun saaaaaaayaaaangggg adik banyak2!

well, here she is, budak kecik yg suka nangis tuu..







snoww

Some snowy view around our flat





Tuesday, 5 January 2010

eh..eh..salji la!

Harini ade salji turun.. actually it's been snowing since late last night. kebiasaannye, sini takde salji tapi winter kalini dah 2 kali dah salji lebat.. orang sini kate disebabkan global warming..ntahla, mungkin jugak! ape pun, seronok tgk salji kt luar tu..everything looks white and cold..(tgk dari ringkap rumah jela..nk kuar takleh, hubby xde, gi school). according to forecast, salji akan turun sampai malam kang..hopefully dapatla tgk salji kt luar ptg kang.hehe

kali pertama tgk snow haritu, jakun betul! masa tu baru lepas mandikan qyst, tgh siap2kan die pakai baju, tgk2 kat luar tingkap ade benda putih turun,macam hujan..tp mcm pelik jer..tgk2 balik br terpikir ape bendanya. pastu ape lagi trus jerit, "eh! eh! snow la!" time tu tggl bertiga je ngan anak2, husben gi kedai, so excited sorang2 jela, sambil qyst n adik dok pelik tgk ummi die heppi tak tentu pasal..orang kampung chemor, first time tgk snow..jakun la jugak..kwang3. ape pun, subhanallah..camni rupenye snow ye! mmg kagum. besar sungguh kuasa Allah..

lepas husben balik trus cepat2 pakai baju tebal n turun bawah, nak main snow la kunun..sekali, sampai je kat luar,tgk2 snow dah abis...tp sempat gakla tangkap gambar, posing2 sikit n pegang snow.. pastu qyst pun dh nangis2 sejuk agaknye, lepas tu hujan lak turun, terpaksala naik atas balik..huhuhu. takpela, asalkan dapat tgk n pegang snow for the first time :)

2 days before christmas aritu ada heavy snow, tp malam.. ramai org dekat area ni keluar main snow, siap main baling2 snowball lagi. tp kiteorg tak keluar..kalau ikutkan hati memang nak keluar, tp kesiankan budak2...sejuk sgt, lgpun malam2..dierg pun dah ngantuk time tu..so again, tgk dari dlm rumah jela...

anyway, hopefully today dapat turun, tgk snow. dapat tangkap gambar pun ok dah. bukan nak main sangat pun..nak tangkap gambar je sebenarnye.. (my new hobby, menangkap gambar, baru nak belajar, tak pandai lg) for now, tangkap gambar dari tingkap rumah jela..huhu

right now salji tgh turun sgt2 lebat! kagum2...subhanallah! 


view from our window.

 Sian..tiap kali snow, patung santa n snowman depan flat kiteorg ni mesti tumbang. kalini due2 tergolek, pengsan agaknye,sejuk sangat.hehe